B. Arab

Pertanyaan

Hukum bacaan surat al maidah ayat 87 88

1 Jawaban

  • Ayat 87: Ini ayat untuk nafi syirik amali. Iaitu ada manusia yang haramkan perkara yang Allah telah halalkan. Dan ada yang halalkan perkara yang Allah telah haramkan. Dan perkara yang selalu berlaku adalah dalam hal pemakanan. Kita kena ingat, mana makanan yang Allah dah halalkan, tidak boleh diharamkan dengan berpantang. Kalau seseorang itu pernah berpantang, dia kena batalkan pantangnya itu dengan serta merta – wajib dia kena makan sebagai batalkan. Contohnya, katakanlah sebelum ini, dia keturunan Wan (di Kelantan) dan ada jenis ikan yang mereka tidak boleh makan. Dia kena batalkan pantangnya itu dengan memakan ikan jenis itu.

    Jadi ayat ini ada kena mengena dengan berpantang. Orang Melayu kita banyak yang berpantang atas sebab-sebab tertentu – kerana bersalin, kerana mengamalkan ilmu khas, kerana keturunan dan sebagainya. Itu semua adalah perbuatan haram dan salah satu dari syirik amali. Kita tidak boleh berpantang kalau tanpa sebab yang haq, lainlah kalau doktor kata tidak boleh makan kerana sebab penyakit. Maka, jangan lagi kita berpantang dan ajar masyarakat kita berpantang kerana itu amalan itu boleh menyebabkan syirik amali.

Pertanyaan Lainnya